fbpx

Bekas cef hotel cari rezeki halal jual puding, kek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bekas cef hotel menjual puding dan kek dari keretanya sekali gus mendapat sokongan ramai di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang bekas cef sebuah hotel mendapat perhatian netizen apabila kisahnya menjual puding dan kek untuk kelangsungan hidup tular di media sosial.

Dia yang berniaga di sekitar pusat beli-belah Spectrum Ampang mendapat sokongan ramai selepas seorang pengguna media sosial berkongsikan kisahnya.

Menurut perkongsian Facebook tersebut @milotaburviral, pemuda itu enggan menerima wang tambahan daripada pelanggan kerana bimbang Allah murka.

Dia juga meluahkan kesukaran mendapatkan pekerjaan kerana sering ditolak oleh majikan.

Netizen turut memberikan pandangan mereka di ruangan komen yang memuji usahanya dalam mencari sumber rezeki.

“Alhamdulilah masih berusaha mencari rezeki. Ada sesetengah tu berkemampuan sangat, tapi sengaja buat-buat susah dan daif demi meraih bantuan orang ramai, kata @aimanaidan.

“Orang macam ini kita patut ‘support’ berusaha sedaya upaya bukan sesetengah hanya meminta tanpa berusaha,” kata @zaidharun.

“Memang orang penyakit susah nak cari kerja macam suami saya mana-mana orang tak nak sebab selalu masuk wad, kata @noorazuanasamsudin.

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar disarankan untuk memberi sokongan dengan membeli produknya sebagai tanda penghargaan kepada usahanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI