PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) yang pertama bagi tahun ini.
Menerusi kenyataan di Facebooknya, Anwar berkata pelbagai perkara telah dibincangkan bersama ahli Majlis berkenaan.
Beliau berkata, perbincangan itu termasuklah pengukuhan dan penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan Madani, yang menitikberatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
“Usul dan keputusan yang dibuat di peringkat Majlis ini akan disusuli oleh gerak kerja di peringkat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.
“Saya percaya, koordinasi yang tersusun dalam kalangan agensi Kerajaan akan memastikan matlamat yang disasarkan akan tercapai dan mendatangkan hasil dengan lebih efisien,” katanya.
MTMM merupakan forum tertinggi bertujuan untuk menetapkan dasar dan halatuju pelaksanaan selain menimbang dan membuat keputusan dasar mengenai isu-isupelaksanaan Agenda Malaysia Madani. – KOSMO! ONLINE