fbpx

ACLE: JDT, Buriram United sama kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten JDT, Natxo Insa cuba mengasak pemain Buriram United, Suphanat Muenta pada aksi ACLE sebentar tadi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

PETALING JAYA – Misi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk meraih bekalan selesa tidak kesampaian selepas seri tanpa jaringan ketika bertemu Buriram United pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Chang Arena itu, skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio membariskan sembilan pemain import dengan dua tonggak pasukan kebangsaan, Arif Aiman Hanapi dan Natxo Insa berada dalam kesebelasan utama.

Situasi sama turut digunakan oleh Buriram yang membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain import seperti Martin Boakye, Guilherme Bissoli dan Suphanat Mueanta mengetuai jentera serangan.

Namun, pasukan tuan rumah dilihat memberi tekanan buat JDT untuk beraksi seperti biasa dengan Arif Aiman dilihat sukar untuk mendapat bola selain Bergson da Silva dan Jonathan Viera turut buntu mengatur serangan.

Bersambung pada babak kedua, Bidoglio merombak kesebelasan utama dengan memasukkan bekas pemain AC Milan, Samu Catillejo dan Jorge Obregon untuk digantikan dengan Bergson.

Situasi tersebut menyaksikan JDT mula menyusun gerak untuk mengatur serangan tetapi masih sukar untuk menembusi gawang skuad Thunder Castle yang dikawal rapi oleh penjaga gol, Neil Etheridge.

Peluang terbaik Buriram hadir menerusi tandukan Suphanat pada minit ke-64 yang berjaya ditepis oleh penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre dengan keputusan 0-0 kekal sehingga wisel penamat.

Aksi pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 11 Mac depan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dengan kedua-dua pasukan memburu tiket bersejarah ke pentas suku akhir ACLE musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI