fbpx

‘Abang masuk bilik, lihat tingkap sudah terbuka dan rosak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ridz Okumura menceritakan kejadian isterinya meninggal dunia dalam live pagi tadi.

PETALING JAYA – “Abang ada dengar bunyi macam orang jatuh, cuma ingatkan ada orang kemalangan sebab rumah abang tepi lebuh raya,” cerita usahawan dan pempengaruh, Ridz Okumura berhubung malam kejadian isterinya, Allahyarham Akiko Okumura terjatuh dari tingkat empat unit kondominum mereka.

Menurutnya, pada malam kejadian itu, dia terdengar bunyi seperti dentuman kira-kira pukul 1 pagi.

“Selalunya abang akan pergi ‘check’ bersama isteri jika ada sebarang kejadian, tetapi pada malam tersebut abang terlalu penat dan terus tidur,” katanya menerusi siaran ‘live’ di TikTok.

Ridz Okumura atau nama sebenar Abd. Ridzuan Abdul Mutalib, 50, berkata, menjelang pagi dia merasakan suasana yang berbeza pada waktu itu kerana sudah menjadi rutin harian Akiko menyediakan sarapan untuknya dan anak mereka, Sky Taizo Okumura.

“Abang sudah mula tak sedap hati segera ke bilik kami dan mendapati tingkap bilik sudah pun terbuka dan rosak,” katanya.

katanya, dia segera bergegas turun ke bilik air utama dengan memanjat tingkap dan mendapati isterinya berada dalam keadaan tertiarap di atas tanah.

“Abang tak fikir panjang, terus minta pengawal keselamatan untuk menelefon pihak ambulans dan polis.

“Disebabkan arwah jatuh dalam keadaan yang baik, abang tidak mengalihkan badannya kerana sangka dia masih bernyawa,” tambahnya.

Dalam pada itu, dia yang masih dalam keadaan sedih akibat kehilangan isteri tercinta turut meminta orang ramai berhenti membuat andaian mengenai kematian Akiko. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI