fbpx

8 cedera bas ekspres langgar belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seorang penumpang cedera dalam kemalangan antara bas ekspres dan treler di Kilometer 62, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), Kluang pagi tadi.

KLUANG – Lapan penumpang bas ekspres cedera dengan empat daripada mereka tersepit di tempat duduk selepas kenderaan dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 62, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, mangsa yang cedera terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita termasuk warga emas berusia 23 hingga 73 tahun.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Maznan Muhamad berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, pihaknya mendapati terdapat lapan mangsa mengalami kecederaan.

“Empat daripada mangsa cedera keluar sendiri dari kenderaan sebaik anggota tiba, manakala empat yang lain terpaksa menunggu bantuan kerana tersepit di tempat duduk.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan mereka kepada pihak ambulans. Pemandu treler pula tidak cedera,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI