PETALING JAYA – Usaha murni seorang pempengaruh yang melakukan kerja amal dengan mencuci 30 surau selama 30 hari sempena bulan Ramadan meraih pujian orang ramai.
Menerusi satu video TikTok @rusydi.official, beliau dilihat membersihkan surau di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Menurut Rusydi, kesemua peralatan yang digunakan adalah miliknya sendiri kecuali air.
“Saya telah meminta izin terlebih dahulu untuk gunakannya. Alhamdulillah, supervisor sini sambut usaha saya dengan sangat baik,” ujarnya.
Rusydi memaklumkan proses cucian mengambil masa sekitar satu hingga dua jam.
Tambahnya, kerja pembersihan dilakukan pada awal pagi bagi mengelakkan gangguan kepada orang ramai yang menggunakan surau tersebut pada waktu zohor,” katanya.
Rusydi turut memaklumkan bahawa kerja pembersihan tersebut tidak dibayar oleh mana-mana pihak.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata memuji usaha Rusydi membersihkan surau demi keselesaan pengguna lain.
“Moga viral dan jadi ikutan lebih ramai anak muda lain. Tahniah,” komen @stanxa
“Abang, saya ni bukanlah sesiapa, tetapi saya doakan abang sentiasa dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” komen @kiffunnn
“Semoga dari video ini ramai yang ingin membuat baik juga seperti abang ini,” balas @suuxxy47 -KOSMO! ONLINE.
@rusydi.official Cleaner surau 🇲🇾 #reviewsurau #30hari30surau ♬ original sound – 𝙍𝙪𝙨𝙮𝙙𝙞 𝙍𝙤𝙨𝙡𝙞