fbpx

[VIDEO] Dua lelaki ‘selamba’ rompak kedai emas, seorang lagi tunggu dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular suspek memakai topeng merompak sebuah kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Nilai malam tadi, sebelum melarikan diri.

SEREMBAN – Tiga penjenayah bertindak merompak sebuah kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Nilai di sini, malam tadi, sebelum berjaya melarikan sejumlah barang kemas.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, polis menerima panggilan melalui MERS 999 daripada pemanggil seorang wanita memaklumkan terdapat kejadian rompakan berkumpulan disyaki menggunakan senjata api di dalam sebuah pasar raya di Nilai.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati kejadian rompakan tersebut berlaku pada pukul kira-kira 8.36 malam.

“Suspek disyaki seramai tiga lelaki dengan menaiki sebuah kenderaan yang mana dua suspek masuk ke dalam premis, manakala seorang suspek menunggu di dalam kereta.

“Seorang suspek disyaki menggunakan senjata api semasa kejadian,” katanya kepada pemberita di sini.

PEGAWAI penyiasat melakukan siasatan ke atas kedai emas di sebuah pasar raya di Nilai yang menjadi sasaran penjenayah dalam kejadian rompakan malam tadi. – Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL / KOSMO!

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut dan jumlah kerugian masih dalam penilaian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai ditalian 06-7904222,” katanya.

Difahamkan, kejadian seumpama itu merupakan kali ketiga apabila kedai emas di pasar raya itu sekali lagi menjadi sasaran penjenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI