fbpx

[VIDEO] Buaya ‘bersidai’ di tebing Sungai Setiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan seekor buaya yang timbul di tebing Sungai Setiu berhampiran Kampung Buruk, Setiu semalam.

SETIU – Penduduk Kampung Buruk di sini gempar dengan kemunculan seekor buaya di Sungai Setiu sejak semalam.

Buaya tersebut ditemui timbul dan berenang di permukaan sungai tersebut berhampiran perkampungan berkenaan pada pukul 1 tengah hari.

Salah seorang penduduk, Mohd. Azril Hafiz Zakaria, 38, mendakwa buaya itu dilihat memunculkan diri sebentar di permukaan sungai.

“Buaya itu timbul dan berenang tidak lama, haiwan tersebut kembali menyelam ke dasar sungai setelah keadaan menjadi kecoh,” dakwanya ketika ditemui di Kampung Buruk di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap dakwaan penemuan buaya tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI