fbpx

[VIDEO] ‘Aku kalau pergi Kelantan pun macam ini, tak faham’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan seorang jemaah surau yang cuba menghayati tazkirah dalam bahasa asing.

PETALING JAYA – Gelagat seorang jemaah di sebuah surau tular apabila dilihat cuba menghayati tazkirah subuh yang disampaikan dalam bahasa asing oleh imam berbangsa India.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, imam berbangsa india tersebut menyampaikan kuliah subuh dalam bahasa asing kepada jemaah-jemaah yang hadir.

Menurut pemilik akaun TikTok @asyrafomar, imam berbangsa india tersebut mahir dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab, Tamil, Urdu dan Inggeris.

“Dia (imam) boleh banyak bahasa Arab, Tamil, Urdu, Inggeris, bacaan ayat qurannya pun masya-Allah.

“Subhanallah, dia tabligh dari India dan dia bina surau kat situ ramai India Malaysia mualaf sekarang Alhamdulillah,” katanya.

Tinjauan daripada ruangan komen mendapati rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi.

“Aku orang melayu pi (pergi) Kelantan pun camni (macam ini) juga.. xphm.. (tak faham),” kata Tuan Guru Bisjut.

“Allahuakbar, terkebil-kebil mata member,” kata Redzuan. – KOSMO! ONLINE

@asyrfomar Allah bagi faham , lailahailallah ☝🏼 @Real Sahabat #fypシ #khurujfisabilillah #3hari3malam #indian ♬ Funny funny weird – MrM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI