fbpx

UCL: Villa enggan tersilap langkah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN Rashford dan Asensio memberi nilai tambah buat Villa di bahagian serangan menjelang aksi menentang Club Brugge. - AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery mengambil sikap berwaspada dan tetap menghormati Club Brugge ketika kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan pada aksi 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Kekalahan 0-1 kepada kelab Belgium itu ketika aksi pusingan awal pada November tahun lalu pastinya menjadi modal buat Emery untuk mengingatkan anak buahnya supaya kekal dengan sikap positif.

“Kami gembira untuk berada di peringkat 16 terbaik, namun semua pasukan yang layak sememangnya berhak. Kami tahu tentang kemampuan Club Brugge yang biasa mereka lakukan termasuk ketika mereka tewaskan Atalanta.

“Kekalahan 0-1 sebelum ini memberikan pengajaran penting buat kami tentang bagaimana perlu bersaing, hormati pasukan lawan, bersiap sedia dan cuba elak melakukan kesilapan sama,” katanya.

Kemampuan Marco Asensio dan Marcus Rashford menyesuaikan diri dengan lebih pantas bersama pasukan menghadirkan kelegaan buat Emery.

Berdasarkan kualiti yang ada pada kedua-dua pemain itu pastinya memberi nilai tambah kepada pasukan untuk tampil lebih baik khususnya dalam aspek membantu rakan sepasukan, mengukuhkan struktur pasukan dan menjaringkan gol.

“Mereka bertambah yakin dan ini penting untuk setiap pemain cuba saling beri sokongan dan bantuan. Apabila mereka sudah menyesuaikan diri dengan struktur pasukan, ia pasti akan menjadikan kami bertambah kuat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI