fbpx

UCL: Arsenal idam pulang berbekal selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL perlu berusaha menangani masalah di bahagian selepas kehilangan beberapa pemain di posisi berkenaan yang mengalami kecederaan. - FB ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap dapat menjadikan pentas Liga Juara-Juara (UCL) menentang PSV Eindhoven sebagai medan untuk sembuhkan luka selepas pasukan dibelenggu masalah prestasi ketika ini.

Sebagai rekod, The Gunners kini memburu slot ke suku akhir UCL selepas harapan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin pudar apabila kini dibezakan 13 mata dengan pendahulu, Liverpool.

Menurut Arteta, aksi pertama menentang PSV di Stadium Philips awal pagi esok diharap dapat menaikkan semula semangat pasukan dalam usaha membawa bekalan positif nanti.

“Kami sudah tidak sabar untuk mengasah taring dalam saingan UCL kerana inilah kejohanan yang pasukan bermain dengan cukup konsisten musim ini.

“Kami sudah pun menjejakkan kaki ke pusingan kalah mati dan sepatutnya pemain tidak boleh sia-siakan peluang keemasan ini dalam usaha memburu tiket ke suku akhir,” katanya.

Sementara itu, Arteta mengakui benteng pertahanan sentiasa ampuh dan langsung tidak memberi masalah terhadap pasukan sebaliknya pening melihat jentera serangan yang makin tumpul ketika ini.

“Sejak beberapa musim lepas, pertahanan bukanlah salah satu daripada kelemahan kami, tetapi lebih kepada penyudah yang kurang tajam.

“Jika kita mahu menang, pasukan perlu sudahkan peluang terhidang dan situasi ini perlu diperbaiki pemain pada baki saingan musim ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI