fbpx

Terlalu nakal waktu kecil, Syafiq Kyle ‘diperambat’ bapa keliling flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syafiq mendedahkan, sewaktu kecil bapanya sangat tegas terutama dalam soal mendidik anak-anak.

PETALING JAYA – Terlalu nakal dan tidak mendengar kata, pelakon Syafiq Kyle mengimbau zaman kanak-kanak yang sarat memori apabila pernah dikejar bapanya, Abdul Razak Husin, sekeliling kawasan perumahan.

Jelas Syafiq atau nama lengkapnya Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 32, bapanya cukup terkenal dengan sifat garang sehingga seluruh penduduk flat mengetahui ketegasan lelaki itu dalam mendidik anak-anak.

“Saya dan abang main bola petang, balik rumah tak mandi sampai Maghrib, rumah pula tak kemas. Biasalah budak-budak. Bila ayah balik dari kerja dalam keadaan penat, tengok kami buat hal, memang kenalah.

“Saya pernah kena kejar dengan bapa satu flat sampai semua orang keluar tengok. Masa itu saya ambil peluang masuk rumah jiran untuk selamatkan diri, tapi ayah tetap ikut masuk ke dalam rumah orang tu.

“Rumah flat kan, jiran-jiran saling bantu-membantu. Tapi memang ‘legend’ sebab kalau bapa mengamuk, semua orang akan tahu,” katanya dalam sebuah audio siar.

Tidak makan hati apatah lagi menyimpan amarah, pelakon siri One Cent Thief itu melihat semua yang diajar insan dihormatinya itu sebagai didikan yang akhirnya membentuk dirinya menjadi lebih baik.

“Tegas macam mana pun, ayah saya mendidik dengan cara tersendiri. Saya jadi hormat semua orang tanpa melihat pekerjaan atau status mereka.

“Secara tak langsung, dia ajar saya untuk lebih berdisiplin dan tahu menghormati manusia,” luahnya.

Sementara itu, ramai peminat yang mendengar kisah tersebut berkongsi pengalaman sama dibesarkan dengan cara lebih tegas berbanding generasi sekarang.

“Dulu kalau buat salah, memang kena rotan atau kena kejar, tapi sebab itu kita jadi manusia hari ini,” kata seorang netizen.

Suami kepada aktres Mimi Lana itu merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik yang kesemuanya lelaki.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI