fbpx

Tak ada kekuatan undang-undang untuk paksa naikkan gaji swasta – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan telah berusaha sebaik mungkin bagi menaikkan kadar upah pekerja swasta dengan mengambil beberapa pendekatan yang perlu.

Ujarnya, antara pendekatan tersebut adalah pelaksanaan gaji minima, gaji progresif, menetapkan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) agar melaksanakan dua langkah ini dan syarikat-syarikat swasta mencatat keuntungan besar digesa supaya lebih adil kepada pekerja.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tidak ada kekuatan undang-undang dalam memaksa syarikat swasta untuk sama-sama mematuhi usaha kerajaan ini berbeza dengan pelaksanaan di sektor awam.

Ujarnya, selain daripada peningkatan gaji bagi sektor awam, kerajaan secara tegas dan berani menetapkan gaji minimum RM1,700 yang dilaksanakan 1 Februari lalu walaupun tidak dipersetujui oleh sebahagian daripada sektor swasta.

“Keduanya, kita perkenalkan apa yang kita sebut Skim Gaji Progresif, makna kita akui bahawa syarikat-syarikat yang mempunyai rekod, pencapaian dan keuntungan tinggi harus memulakan tradisi ini, dan saya tegas. Cuma, dia tidak ada kekuatan undang-undang memaksa syarikat swasta, namanya swasta untuk menekankan.

“Cuma, sekarang ini kita mula dengan GLIC, semua syarikat-syarikat kerajaan yang banyak. Ratusan ribu pekerja dari Petronas, TNB (Tenaga Nasional Berhad), Telekom (Malaysia), semua ini menetapkan gaji yang lebih tinggi daripada kadar yang kita sebutkan minima, yang mana mencecah lebih daripada RM 2,000,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, beliau sudah berjumpa dengan syarikat swasta termasuk dalam sektor perladangan supaya mengambil pendekatan sedemikian, bagi mengimbangi kesan inflasi ketika ini.

“Saya sendiri selain menteri-menteri lain menemui umpamanya syarikat-syarikat termasuk perladangan, yang mencatat keuntungan haruslah lebih adil supaya jangan umpamanya catatan keuntungan mereka terlalu tinggi tetapi gaji pekerja tidak setimpal.

“Kita ada umpamanya kesenjangan di antara kenaikan produktiviti dengan gaji. Inflasi walaupun rendah tetapi kalau gaji tak naik, jadi inflasi itu akan mengesankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI