BANGKOK – Sebuah video tular di media sosial memaparkan gelagat seorang lelaki menjual baju secara penstriman langsung ketika isterinya berada di dalam dewan bersalin, lapor laman berita Must Share News hari ini.
Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, lelaki tersebut dilihat duduk di atas bangku tempat menunggu di hospital.
Dengan meletakkan telefon bimbit pada alat pemegang peranti, dia mempromosikan beberapa helai pakaian secara live.
Berdasarkan keterangan, lelaki tersebut dikatakan sedang menanti isterinya yang sedang bertarung nyawa di dalam dewan bersalin.
Dia menggunakan waktu tersebut untuk menjual pakaian bagi mendapatkan wang sebagai persediaan kelahiran anaknya.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen dengan rata-rata memberi kata-kata semangat kepada lelaki tersebut.
Seorang pengguna media sosial kemudian tampil memberitahu akaun lelaki tersebut bagi membolehkan orang ramai membantunya membeli barangan yang dijual.
“Ini rakan saya. Dia sangat rajin dan saya harap anda semua menyokongnya. Dia kini menjual pakaian ‘pre-loved’,” kata komen itu.
Selepas menyedari videonya menjadi tular, lelaki tersebut memuat naik hantaran yang menyatakan penghargaan atas sokongan orang ramai kepadanya.
“Terima kasih atas semua sokongan anda. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Terima kasih atas kemurahan hati anda,” katanya. – AGENSI