fbpx

‘Setahun harimau kumbang kenyang baham lembu, kambing saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAFIZUDDIN menggunakan umpan ibu kambing bersama anak dalam perangkap yang dipasang di Kampung Tumang, di Johol kelmarin.

KUALA PILAH – Seorang penternak lega apabila kes kehila­ngan lapan ekor lembu dan kambing akibat dibaham harimau kumbang sejak setahun lalu berakhir dengan tertangkapnya haiwan buas berkenaan di Kampung Tumang, Johol di sini kelmarin

Mohd. Hafizuddin Mohamad, 33, berkata, serangan bermula selepas sambutan raya tahun lalu.

Sehubungan itu, dia berhasrat hendak menunaikan nazar dengan menyembelih seekor biri-biri bagi menghargai jasa baik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang berusaha sejak setahun lalu dengan meletakkan perangkap di belakang kediaman dan kandang ternakannya.

“Sudah tiga perangkap bertukar dengan perangkap terakhir berupa perangkap harimau belang digunakan berikutan rakaman kameratrap perangkap sebelumnya mendapati harimau kumbang tersebut bersaiz agak besar berjaya keluar.

“Nazar ni saya buat sebab Perhilitan dah datang tolong kami penduduk kampung. Sebab hari ini kita sudah mula berpuasa, jadi saya ingat akan buat kenduri nazar harimau masuk perangkap semasa sambutan raya (Aidilfitri) nanti,” ujarnya.

Katanya lagi, ketika kejadian setahun lalu, hampir setiap malam akan ada bunyi bising dari kandang kambingnya.

“Takut hendak pergi dekat, saya hanya tinjau dari tingkap rumah sahaja, bila harimau ini sudah berjaya ditangkap lega rasanya,” jelasnya.

Katanya yang bekerja kontrak pembersihan, dia kini mempunyai 11 ekor lembu serta kambing selepas empat ekor daripadanya telah dibaham harimau sejak setahun lalu.

“Ada beberapa penduduk yang mempunyai ternakan turut menjadi mangsa harimau kumbang ini. Dari segi keselamatan, kami kini sudah lega,” katanya.

Terdahulu, seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap selepas memasuki pe­rangkap harimau belang yang dipasang Perhilitan di Kampung Tumang, Johol, di sini pada pukul 7.40 pagi semalam.

Dalam perangkap itu, Mohd. Hafizuddin menggunakan um­pan ibu kambing bersama anak yang dipasang di Kampung Tumang, di Johol semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI