PETALING JAYA- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri hingga petang nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Di Selangor, cuaca sama dijangka berlaku di Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
“Di negeri Pahang pula, ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong, manakala Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban),” katanya.
Sementara itu, amaran sama dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan) dan Limbang.
“Amaran ribut petir juga turut melibatkan daerah di Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” lapor MetMalaysia -KOSMO! ONLINE.