fbpx

Peniaga dikesan jual tapak Bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandrea (tengah) ketika adakan lawatan di salah sebuah gerai di Bazar Ramadan Stadium Ipoh hari ini.

IPOH – Tindakan seorang peniaga yang menjual tapak gerai di sebuah Bazar Ramadan di sini kepada pihak ketiga berjaya dikesan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam yang menerima aduan berhubung perkara tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, sehubungan itu, pihak MBI bersama penganjur telah melakukan siasatan berkaitan perkara berkenaan.

“Siasatan bersama pihak penganjur mendapati aduan benar dan tindakan tegas dengan tidak mengeluarkan lesen gerai Bazar Ramadan peniaga itu telah diambil,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Sandrea berkata, sebanyak 12 tawaran kompaun bernilai RM3,750 telah dikeluarkan MBI kepada peniaga Bazar Ramadan di sekitar bandar ini semalam termasuk satu kompaun bernilai RM1,000 kerana beroperasi tanpa lesen.

Katanya, kompaun itu dikeluarkan setelah 368 premis gerai berjaya diperiksa pihak majlis di tapak-tapak bazar Ramadan di sini.

“Pihak majlis juga tekah menetapkan syarat larangan menjual mercun dalam Bazar Ramadan dan jualan mercun hanya dibenarkan pada jarak melebihi 25 meter dari sempadannya.

“Penjualan mercun perlu mendapatkan permit lesen dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak MBI,” katanya.

Sandrea berkata, pada tahun lalu, sebanyak 97 kompuan dan denda dengan nilai RM20,200 telah dikeluarkan oleh MBI di atas pelbagai kesalahan termasuk 17 sitaan terhadap penjaja tanpa lesen yang menjaja berhampiran tapak Bazar Ramadan diluluskan oleh pihak majlis.

“Pihak majlis telah mengambil sebanyak 10 contoh makanan untuk dianalisa kuman (mikrobiologi) dan sebanyak lima contoh didapati telah melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Kesemua lima pelesen telah dituduh di mahkamah dan jatuh hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara bagi setiap satu kes,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI