fbpx

Pendang, Pokok Sena, Baling catat suhu cecah 37 darjah Celcius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Terdapat tiga kawasan di Semenanjung dilanda cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) suhu maksimum harian yang dicatatkan di tiga kawasan terbabit antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca panas tersebut dijangka berlarutan sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Dalam laporan berbeza, MetMalaysia menjangkakan ribut petir dan hujan lebat berlaku di pedalaman Perak, Kelantan Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor pada sebelah petang nanti.

“Penduduk yang berada di kawasan terbabit diingatkan untuk peka dengan keadaan cuaca semasa kerana kejadian banjir kilat boleh berlaku semasa ribut petir,” katanya.

Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca di Sabah dan Sarawak adalah baik namun terdapat sedikit hujan di sekitar Miri, Pantai Barat dan pedalaman Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI