fbpx

‘Pendang dah ikut Muar sekarang pakai baju Melayu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) dan Awang dalam sesi Dewan Rakyat hari ini.

PETALING JAYA – Usikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan baju Melayu sekali lagi membuatkan seluruh sidang Dewan Rakyat hari ini terhibur.

Gurauan tersebut dibuat terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim yang memakai baju Melayu lengkap bersampin berwarna ungu cair.

“Saya perhatikan Pendang pun dah ikut Muar sekarang pakai baju Melayu,” usik Anwar sambil ketawa kecil.

Sebelum itu Awang meminta Perdana Menteri menyatakan berapa nilai dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar bagi Malaysia untuk tahun 2022 sehingga 2024.

Dalam sidang Parlimen yang lalu, Anwar sempat mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan dengan pemakaian baju Melayu.

Syed Saddiq yang ketika sidang itu memakai sut dipersoalkan Anwar mengapa tidak memakai baju Melayu.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Syed Saddiq menjadi model pakaian sebuah jenama tempatan.

Syed Saddiq mencuri perhatian orang ramai apabila digandingkan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astilah serta didakwa sedang menjalinkan hubungan istimewa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI