fbpx

Pelajar mengaku rogol gadis 14 tahun dihukum khidmat masyarakat 240 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Seorang pelajar kolej dikenakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh 12 bulan selepas mengaku bersalah merogol gadis berusia 14 tahun, hujung tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Amirullah Zaazuren, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun (ketika kejadian) di sebuah rumah di Jempol, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 30 Disember 2024.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah bon kerana ibunya mempunyai hutang dengan bank.

Pada prosiding di mahkamah, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membentangkan laporan sosial tertuduh yang ketika ini sedang menuntut di sebuah kolej.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh 12 bulan dengan cagaran bon sebanyak RM4,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI