fbpx

‘Orang marah saya nak cari isteri, mungkin bagi dia saya jahat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GURAUAN Idzham mahu mencari 'mama' disalahertikan netizen sekadar mahu mencari pengasuh anak-anaknya.

PETALING JAYA – Gurauan disalah erti, pelakon Idzham Ismail menangkis tuduhan dilemparkan pengguna media sosial yang mendakwanya mahu mencari isteri baharu semata-mata hendak dijadikan pengasuh anak-anaknya.

Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail, 37, berkata dua permata hatinya yang masih kecil itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa, bukan pihak lain.

“Anak saya tanggungjawab saya. Alhamdulillah, Allah jemput saya ke Tanah Suci walaupun saya tak elok.

“Allah buka pintu hati saya ke arah lebih dalam tentang agama. Awak dah taubat ke,” tulisnya dalam respons dalam akaun Tiktoknya.

Sebelum itu, Idzham yang menggalas status duda sejak akhir tahun lalu memuat naik gambar bersama dua anaknya pada hari pertama Ramadan.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai apabila secara berseloroh dia mengomel hendak mencari calon isteri selepas tahun ini hanya menyambut puasa dan Syawal bertiga dengan anak-anak.

“Tahun ini kita puasa dan raya bertiga ya. Mama baru bukan senang nak cari, kena pilih betul-betul untuk kalian juga nanti,” ujarnya.

Walaupun sekadar gurauan, masih ada netizen menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang serius selain menganggap Idzham tidak ukur badan sendiri dalam mencari jodoh baharu.

“Eh suka je nak cari bini untuk suruh jaga anak dia. Seronok hidup kau. Kalau nak cari yang elok, diri sendiri cukup elok tak? Kena tengok diri juga,” tulis komen tersebut.

Pada masa sama, pelakon drama Tarik Aku Ke Syurga itu turut membalas komen seorang pengikut lain yang melabelkan dirinya sebagai bapa jahat.

“Ada orang marah saya nak cari pasangan baharu. Mungkin bagi dia saya jahat sebab tak bersatu kembali. ‘Bitter’ betul dengan kehidupan orang lain,” katanya.

Terdahulu, perkahwinannya dengan pramugari, Nur Abilah Shamsudin berakhir pada November tahun lalu disebabkan tiada lagi persefahaman.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI