fbpx

Nenek, pelajar kolej maut Perodua Kancil bertembung Nissan Almera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan dinaiki dua mangsa maut yang terlibat dalam kemalangan di Batu 4, Kota Tinggi pagi tadi.

KOTA TINGGI – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Batu 4, Jalan Kota Tinggi di sini awal pagi tadi.

Mangsa maut merupakan pelajar Kolej Vokasional Kota Tinggi, Nurasyraf Afif Abdul Ghafar, 20, yang memandu kereta Perodua Kancil, manakala seorang lagi penumpang kereta Nissan Almera, Zainab Abdullah, 68.

Dalam kejadian itu pemandu Nissan Almera, Abas Mokhtar, 71, turut mengalami cedera dan difahamkan mereka dalam perjalanan pulang menghantar cucu ke kolej berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Shawaluddin Ami Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 8.02 pagi sebelum dua buah jentera dari BBP Kota Tinggi bersama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kesemua mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi proses bedah siasat dan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI