fbpx

‘Mustahil, asal-usul kami berbeza’ – Tracie diminta buat ujian DNA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tracie mendedahkan ada peminat yang memintanya melakukan ujian DNA disebabkan kemiripan wajah dengan Mira Filzah.

KUALA LUMPUR – Memiliki rupa paras yang dikatakan mirip, pelakon meningkat naik Tracie Sinidol mendedahkan terdapat peminat yang mencadangkan dia melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekiranya mempunyai pertalian darah dengan aktres Mira Filzah.

Tracie, 23, berkata, permintaan tersebut dianggap sebagai satu gurauan peminat yang teruja melihat persamaan antara dia dan Mira.

“Ada yang tanya saya, tak mahu ke buat ujian DNA dengan Mira? Manalah tahu ada kena mengena.

“Saya cuma jawab, asal-usul kami berbeza dan memang mustahil sebab ibu bapa kami berdua orang berbeza.

“Mereka cakap mungkin kami kembar terpisah tetapi saya tak ambil hati dan anggap semua itu seperti satu jenaka,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis tayangan episod akhir Gadis Masa di sini, baru-baru ini.

Disebabkan terlalu kerap disamakan, bekas juara Dewi Remaja 2021/2022 itu mengakui adakalanya dia juga keliru suaranya dengan Mira.

Namun, Tracie menegaskan dia tidak pernah bosan apabila wajahnya kerap disamakan seperti Mira sebaliknya menganggap perkara tersebut sebagai satu rezeki.

“Adakalanya suara pun sama. Sampai saya sendiri keliru dengan suara kami ketika tengok video TikTok. Ingatkan suara saya tetapi Mira.

“Orang kata kalau saya memakai tudung, wajah memang akan 100 peratus sama tetapi hakikatnya tidak.

“Kalau saya tak pakai tudung, lebih mirip berbanding berhijab. Itu yang kami perasan ketika membuat konten promosi untuk tudung jenama tudung Mira.

“Saya tidak bosan tetapi anggap semua itu komen positif dan rezeki dalam bidang seni,” ujarnya.

Terdahulu, Tracie dan Mira digandingkan dalam drama terbitan Viu Original iaitu Gadis Masa yang turut dibarisi Syafiq Kyle.

Sebelum ini, Tracie ketika dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2021/2022 pernah memberitahu mahu mencipta identiti sendiri dan enggan berada dibayangi dengan populariti Mira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI