fbpx

Mana hilangnya Nirma Jimmy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nirma didapati hilang sejak Jumaat lalu.

IPOH – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan Orang Asli berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Kehilangan remaja dikenali sebagai Nirma Jimmy itu disedari keluarganya selepas didapati tiada di rumah mereka di Kampung Seri Makmur, Ulu Kinta di sini.

Difahamkan, kali terakhir Nirma dilihat pada pukul 7 pagi sebelum ibu dan bapanya keluar bekerja namun ketika pulang ke rumah sekitar pukul 6 petang, remaja terbabit telah tiada.

Usaha dilakukan keluarga remaja itu bagi mengesannya dengan mencari di rumah jiran dan nenek namun gagal malah dia juga tidak pulang ke rumah hingga kini.

Laporan kehilangan remaja itu kemudian dibuat bapanya di Balai Polis Tanjung Rambutan pada sebelah malam hari yang sama.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Muhamad Nor Abd. Aziz di talian 019-5744936.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau Balai Polis Tanjung Rambutan di talian 05-5331222,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Sajidan berkata, usaha mengesan seorang lagi remaja S. Khishen, 17, dihentikan apabila lelaki itu berjaya dijumpai di Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI