fbpx

Kilang proses dedak hangus dijilat api di Gopeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KILANG memproses dedak haiwan yang hangus terbakar di Kawasan Perindustrian Gopeng kira-kira pukul 10.40 malam semalam. - Foto IHSAN JBPM

GOPENG – Sebuah kilang memproses dedak haiwan hangus dijilat api dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini kira-kira pukul 10.40 malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kehilangan jiwa.

Katanya, kebakaran tersebut turut melibatkan dua jentera pengangkut (forklift) yang terbakar pada kadar 80 peratus.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat pada pukul 3.28 pagi tadi. Jumlah anggota yang terlibat ialah seramai 24 orang,” katanya di sini hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI