fbpx

Kempunan makan bersama sepupu, remaja maut rempuh tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibnu Hakiki meninggal dunia selepas motosikal yang dia tunggang merempuh tiang elektrik di hadapan Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Merlimau tengah malam tadi.

MELAKA – Hasrat seorang remaja lelaki makan bersama sepupunya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Umbai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa, Ibnu Hakimi Abdul Rahman, 18, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sepupunya berusia 17 tahun yang membonceng terselamat, namun mengalami luka di tangan serta kaki dan dikejarkan ke Hospital Melaka.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dalam perjalanan dari arah Umbai ke Serkam.

“Setiba di lokasi mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta tetapi gagal mengelak lalu terbabas ke bahu jalan dan merempuh tiang elektrik.

“Dalam kejadian turut terlibat dalam nahas adalah sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 31 tahun dari arah Serkam membelok ke kanan menuju ke Jalan Muhibah,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI