fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 9 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri malam ini.

Negeri terlibat termasuk Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak, Sabah, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara daerah Selangor yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Hulu Selangor dan Gombak.

“Di negeri Perak, ia berisiko melanda kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, di Negeri Sembilan pula, melibatkan daerah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,” kata MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka turut berlaku di negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron) manakala di negeri Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Di Sarawak pula, ia melibatkan daerah Sarikei (Julau), Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Song dan Kapit), Miri dan Limbang.

Cuaca sama dijangka berlaku di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar),” tulis MetMalaysia.

MetMalaysia berkata, amaran sama juga dikeluarkan bagi negeri Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti,” lapor MetMalaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI