ISLAMABAD – Ramai penduduk Pakistan terkejut apabila mendapati harga makanan melambung tinggi tetapi kualitinya merosot pada awal Ramadan, lapor saluran televisyen AMU TV semalam.
Beberapa jam sebelum berbuka puasa, pasar buah-buahan dan gerai makanan dipenuhi pembeli yang mencari barang keperluan seperti kurma, buah segar dan kuih Ramadan yang popular seperti samosa rangup.
Namun, ramai antara mereka terkejut.
“Harga telah meningkat tiga kali ganda.
“Sikap pekedai berubah secara drastik dengan ketibaan Ramadan.
“Sekarang mereka membuat larangan dengan tidak membenarkan kami memilih buah sendiri,” kata seorang pembeli, Syed Najam ul Hassan di Karachi.
Pakistan bergelut dengan kadar inflasi yang tinggi sejak beberapa bulan lalu sehingga menjejaskan komoditi penting seperti gandum, gula dan minyak masak. – AGENSI