PETALING JAYA – Seorang peguam menjelaskan isteri yang dihalang berjumpa anak selepas bercerai boleh memfailkan permohonan komital untuk tindakan lebih tegas.
Melalui satu video TikTok @peguamsyarienaim, bekas isteri juga boleh membuat permohonan kuatkuasakan hak jagaan bersama di Mahkamah Syariah.
“Jika suami terus ingkar perintah mahkamah benarkan bekas isteri jumpa anak, wanita itu boleh mohon surat komital untuk tindakan lebih tegas seperti denda atau penjara,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kekecewaan pempengaruh, Cik Epal yang mendakwa dilarang bertemu dan mengambil anak daripada Jofliam semalam.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna juga turut bersetuju untuk Cik Epal memfailkan permohonan komital terhadap bekas suaminya.
“Ambil tindakan. Kuat pusing sana sini pastu lupa apa dia dah pusing. kita yg baca ni pun naik pelik,” komen @seliparbunga
“Masalahnya si suami meminta failkan komital untuk ambil anak..dia memang meminta nak jadi banduan atau dia tak tau ya? Kasihan anak-anak,” komen @aizulazhari86
“Peguam dah bagitahu komital tu untuk penjarakan dia. Dah memang dia nak sangat. Sila kan bagi,” balas @dinimikael151