fbpx

Anwar arah semua pusat pendidikan kuasai AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Semua pusat pendidikan termasuk sekolah menengah dan universiti diarahkan untuk memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI) agar bidang tersebut dikuasai oleh golongan muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat penguasaan AI ini juga akan menentukan sama ada Malaysia ada keupayaan dari sudut peningkatan produktiviti.

Ujarnya, di negara luar seperti Jepun dan Korea, peningkatan produktiviti yang tinggi menyebabkan adanya lonjakan gaji.

“Dalam kes di Malaysia, ada juga di mana produktiviti meningkat tetapi upah tidak setimpal. Justeru, ‘upskiling’ (peningkatan kemahiran) seperti mana dilakukan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dilakukan untuk tingkatkan produktiviti,

“Keduanya, memperkenalkan beberapa disiplin baru seperti AI , digital, energy, teknologi baru di universiti dan pusat latihan dan centres of excellence (COE). Arahan kepada semua pusat pendidikan termasuk sekolah menengah dan universiti memberikan tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, banyak syarikat-syarikat yang masuk melabur di negara, telah disyaratkan bagi mewujudkan centres of excellence ini termasuk NVIDIA, Google, Microsoft, Infinion.

“Semua ada kita wujudkan centres of excellence, training, upskilling terutamanya AI. Saya akui AI ini satu pendekatan yang mencabar kerana walaupun kita jadikan ini dasar yang jelas tetapi penguasaannya itu masih terbatas,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang), Anwar menjelaskan peningkatan kadar upah itu juga mesti selari dengan peningkatan produktiviti dalam kalangan pekerja swasta.

“Langkah ini memaksa untuk kita juga lakukan upskilling contohnya macam TVET, Sijil Kemahiran III itu (yang mana) gaji minimum RM3,000 biarpun lulusan TVET.

“Apa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) adalah untuk memastikan peluang itu lebih dan ini termasuk anak-anak Maahad Tahfiz yang dibawa ke TVET yang kini gaji minimum RM2,000 dan kalau ditingkat kemahirannya, dia boleh cecah RM3,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI