fbpx

[VIDEO] Tauke belanja pekerja 50 pasang baju Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha restoran menarik perhatian netizen apabila sanggup mengeluarkan belanja RM9,450 untuk membeli 50 pasang baju Melayu jenama terkenal untuk pekerjanya.

Video pembelian itu tular di TikTok selepas dimuat naik pengasas butik berkenaan.

Ia sebagai persediaan bagi pekerjanya menyambut Aidilfitri.

Pengasas butik itu tertarik untuk berkongsi video tersebut kerana pelanggannya sanggup mengeluarkan belanja untuk pekerjanya.

Sementara itu, pelanggan tersebut berkata, pada asalnya dia mahu membeli dua pasang baju melayu sahaja untuk keluarganya.

“Tetapi bila datang sini tertarik pula untuk belanja sekali kepada staf saya.

“Saya tertarik dengan promosi dan rekaan baju Melayu yang dipamerkan,” katanya dalam video itu.

Sementara itu pengasas butik itu memberitahu pemilik restoran itu merupakan pelanggan yang paling banyak membuat pembelian pada hari tersebut. – KOSMO! ONLINE

@meripergibulat Shopping tak ingat orang belakang #bulanbintang ♬ original sound – meri yang busy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI