fbpx

‘Jahat macam mana pun, jangan tinggal solat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRA yakin solat ibadah akan membuat seseorang berpatah balik ke jalan kebaikan walaupun adakala tersasar dan melakukan dosa.

PETALING JAYA – Tidak sempurna tetapi tetap berusaha menjadi lebih baik, itu prinsip dipegang penyanyi dan pelakon Amira Othman yang percaya menjaga solat mampu menghindarkan diri daripada terjerumus kepada perkara terlarang.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, berkata sejak kecil sudah dibiasakan dengan amalan solat kerana ibadah itu bukan sekadar kewajipan sebagai orang Islam, malah benteng perlindungan diri.

“Saya memang tak baik, saya seorang pendosa tetapi apa pun kena solat. Solat itu tiang agama. Jahat macam mana pun, jangan tinggalkan solat.

“Alhamdulillah, saya terapkan sejak sekolah lagi. Tidaklah saya ini bagus sangat, tapi solat memang perkara paling asas yang perlu dijaga.

“Solat ini banyak menyelamatkan saya dan mak ayah pun selalu memantau walaupun saya jauh daripada keluarga,” katanya dalam sebuah audio siar.

Pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu turut mengingatkan rakan lain agar tidak lalai dalam menunaikan solat kerana yakin ibadah tersebut mampu membawa seseorang kembali ke jalan kebaikan.

“Kalau tersasar sekali pun, insya-Allah kita akan berpatah balik sebab dalam solat ada banyak doa dan keberkatan.

“Saya cerita ini bukan sebab saya baik, tetapi sesusah mana pun perjalanan seseorang untuk jadi insan lebih baik, jagalah solat,” ujarnya.

Terdahulu, Amira pernah berkongsi pengalaman diuji pelbagai cabaran sepanjang bergelar anak seni, namun berpegang kepada prinsip bahawa solat mampu menjadi pendinding daripada tersasar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI