fbpx

Gajah paling sedih alami kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ely mengalami kemurungan selepas kematian pasangannya pada 2016 di Zoo San Juan de Aragon. - Newsflash

BANDAR RAYA MEXICO – Seekor gajah digelar ‘gajah paling sedih di dunia’ selepas mengalami kemurungan dan tinggal bersendirian selama lapan tahun di dalam kandang sebuah zoo di Mexico, lapor akhbar The Sun UK. 

Gajah bernama Ely itu diselamatkan daripada sebuah sarkas sebelum dibawa ke Zoo San Juan de Aragon di Bandar Raya Mexico. 

Ely mengalami kemurungan selepas pasangannya bernama Maggie, mati pada 2016. 

Mamalia itu juga pernah menghentak kepalanya ke dinding ketika dikurung di dalam kandang. 

Perubahan sifat dan penyakit yang dialami Ely menyebabkan aktivis menggelarnya sebagai ‘gajah paling sedih di dunia’. 

Pengasas Kumpulan Hak Asasi Haiwan Opening Cages and Opening Minds, Diana Valencia, berkata: “Keadaan Ely membuatkan saya sedih. Ia merobek jiwa saya.”

Mahkamah Agung Mexico minggu lalu mengarahkan zoo berkenaan untuk melaksanakan langkah-langkah bagi meningkatkan kesihatan Ely termasuk keadaan fizikalnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI