fbpx

Dewan Rakyat: Platform aduan tidak setuju kandungan diturunkan MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR – Sebuah platform akan diwujudkan bagi membolehkan pemilik akaun media sosial memfailkan aduan jika tidak setuju dengan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menurunkan kandungan mereka.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, platform itu membolehkan pemilik akaun memfailkan pembelaan dan alasan bagi mempertahankan kandungan atau entri masing-masing yang diturunkan.

“Ini sekali gus membolehkan sebarang keputusan MCMC dalam perkara tersebut dicabar dalam tribunal,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mengenai kebimbangan proses pendaftaran penyedia perkhidmatan digunakan sebagai alat kerajaan untuk menurunkan kandungan tertentu ketika pilihan raya.

Nie Ching berkata, kewujudan platform aduan itu juga bertujuan memastikan semua kuasa berkenaan penurunan sebarang kandungan di media sosial tidak berpusat kepada MCMC bagi mewujudkan elemen semak dan imbang.

Terdahulu, katanya, kerajaan sentiasa memastikan industri komunikasi dan multimedia di dalam negara dikawal selia dengan baik demi kebaikan rakyat.

Menurutnya, ia selari dengan matlamat Kerajaan Madani mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI