KUALA LUMPUR – Pelbagai jenama tempatan dihasilkan oleh anak Malaysia semakin mendapat tempat dalam pasaran membuktikan keupayaan untuk bersaing dengan produk antarabangsa.
Meskipun bermula sebagai perniagaan kecilan, jenama-jenama itu kini semakin memikat hati melalui reka bentuk, warna, eksklusif, dan pemasaran yang berkesan.
Bagaimanapun, segelintir pengguna media sosial sering berdebat dari segi harga untuk barang jenama tempatan ini yang dilabelkan sebagai ‘awam’.
Mereka mendakwa, harga ditawarkan adalah mahal bagi sesuatu jenama yang mengeluarkan produk ‘awam’.
“Jenama-jenama mahal menurut saya ‘tidak awam’ sebab ia mengikut pasaran dan ‘trend’ tersendiri. Kalau rasa mahal, jangan beli sebab duit masing-masing,” kata seorang pengguna TikTok.
“Tak nak ‘awam’, pergi reka sendiri,” kata seorang individu lain.
“Jenama mahal ni tak ‘awam’ sebab dia ada pasaran tersendiri. Macam tu juga bila barang mampu milik, ada pasaran tersendiri,” ujar pengguna TikTok yang lain. – KOSMO! ONLINE