fbpx

‘Aisha tak biasa dengan semua ini, saya risau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DISIFATKAN pasangan yang mampu memberi inspirasi kepada penonton, tahun ini Fasha, Aidil dan anaknya dipilih sebagai duta kempen RaRa 2025.

SABAN tahun, stesen televisyen bawah naungan Media Prima Bhd. sentiasa membawa kelainan setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal.

Kempen Ramadan Raya (RaRa) 2025 yang dibawakan TV3, TV9 dan platform penstriman, Tonton bertemakan Indahkan Memori tahun ini menjanjikan seleksi program menarik pelbagai genre, termasuk kandungan fokus ibadah serta mengimarahkan bulan mulia bersama penonton.

Membariskan selebriti ternama dan personaliti televisyen Fasha Sandha dan Aidil Aziz, Aisha Amaira, Farah Nabilah Wazer, Naz Rahman, Fatin Hamimah dan Amirulhakim Lokman sebagai wajah kempen Friends of RaRa yang berperanan membawa kegembiraan kepada penonton.

Pengurus Besar Kandungan TV3, Marlia Zul Amran berkata, tema Indahkan Memori dipilih untuk memberi dan memba penonton mengimbau kenangan manis sepanjang Ramadan dan Syawal.

“Setiap individu mempunyai memori indah yang ingin dikenang. Tentunya banyak memori indah tersimpan rapi dalam kotak ingatan yang membawa nilai besar sepanjang Ramadan dan Syawal.

“Dalam aspek wajah kempen, pemilihan pasangan suami isteri, Fasha dan Aidil yang terbabit dalam program Oh Mummy! pada Ramadan ini adalah kerana mereka selebriti yang memiliki keperibadian baik serta mampu menjadi contoh.

“Selain itu, wajah lain yang dipilih bertujuan membawa kemeriahan dalam kempen kali ini,” katanya pada sidang akhbar pelancaran RaRa 2025, baru-baru ini.

TAHUN ini kempen Ramadan Raya RaRa 2023 dihiasi banyak program menarik yang mampu mencengkam emosi khalayak. – SYAKIR RADIN

Tambahnya, setiap program yang disajikan pada Ramadan dan Syawal tahun ini sarat dengan pengajaran, mengusik emosi serta mampu menggamit memori setiap penonton.

“Semua program sepanjang Ramadan dan Syawal tahu ini padat dengan nilai murni yang boleh menjadi ikutan dan contoh positif kepada penonton. Bukan hiburan semata-mata.

“Pemilihan drama juga memang sarat dengan pengajaran sementara program pula mengetengahkan kandungan untuk pengisian jiwa.

“Jadi, walaupun berhibur, kami mahu penonton sentiasa mendapat input positif dan mengimbau momen manis mereka,” jelasnya.

Pertama kali

Sementara itu, Fasha pula terharu dan berbesar hati apabila keluarga kecilnya dipilih menjayakan kempen RaRa 2025.

“Saya sangat bersyukur kerana TV3 percaya dengan kami sekeluarga termasuk anak bongsu saya, Aisha Amaira

“Sebagai ibu dan isteri, impian saya adalah untuk berkongsi momen yang boleh mengindahkan lagi memori Syawal bersama keluarga,” jelasnya.

Bercerita tentang pembabitan Aisha untuk program Oh Mummy!, dia mengakui agak gementar untuk melibatkan anak bongsunya kerana bimbang memberi sebarang masalah kepada pihak produksi.

“Ini pengalaman pertama Aisha untuk program televisyen, pada saya itu satu kemunculan eksklusif. 

“Pada awal kami risau dan banyak kali minta maaf kepada produksi sebab Aisha tak biasa dengan kamera, namun syukur semuanya beri kerjasama dengan baik dan tiada sebarang masalah.

“Saya ada berbincang dengan Aidil kerana Aisha tidak biasa dengan perkara sebegini. Tapi, kami fikir kalau mahu anak jadi seorang bintang, memang perlu bermula sejak kecil,” kongsinya.

Bagi drama dan siri mini, kempen RaRa 2025 bakal menayangkan drama seperti Bukan Sekadar Lafaz 2 mengisi slot Akasia, Keluarga Itu (Lestary), Sekam Di Dada (Samarinda), Desa Boy dan Tonton Original Series: BRU.

Sementara, slot inspirasi dan bual bicara pula menampilkan Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz: Diari Muslim dan juga program wajib setiap kali bulan Ramadan iaitu Sembang Sahur.

Slot hiburan dan gaya hidup membawakan program baharu seperti Anak Mama Masak Apa Tu?, Menu Sihat Ramadan, Oh Mummy! dan Famili Duo Raya.

 

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI