fbpx

Warga emas meninggal dunia selepas rebah di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainon Said rebah sebelum disahman meninggal dunia di Bazar Ramadan Taman Seri Harapan, Kupang, Baling pada petang tadi.

BALING – Seorang lelaki tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia di Bazar Ramadan Taman Seri Harapan, Kupang, di sini kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Menurut Zaishamsolazman Che Teh, 41, bapa saudaranya, Zainon Said, 75, dalam keadaan biasa sahaja ketika hendak ke Bazar Ramadan itu bersama menantunya.

“Sekitar pukul 4 petang, bapa saudara hendak ke Bazar Ramadan Taman Seri Harapan, Kupang bersama menantunya tetapi mereka menaiki motosikal berasingan.

“Bapa saudara sampai dahulu di bazar tersebut dan setelah meletakkan motosikalnya di tempat selamat, dia masuk ke bazar. Selang beberapa buah khemah jualan tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, ketika terjatuh itu kepala bapa saudaranya hampir terperosok di bawah dapur meja jualan dan orang ramai segera membantunya dan cuba menyelamatkannya.

“Namun, setelah petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) tiba, mereka mengesahkan bapa saudara saya telah meninggal dunia.

“Bapa saudara memang menghidap penyakit jantung dan keadaan kesihatannya tidak begitu baik sejak beberapa hari ini, namun dia tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubudiyah, Kampung Asam Jawa malam ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mohd Azmi Mokhtar berkata, mangsa dikenali sebagai Zainon Said, 75, dari Kampung Banggol Asam Jawa, Pulai, meninggal dunia sekitar pukul 4.30 petang ketika berada di bazar Ramadan tersebut.

Tambahnya, arwah ada sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan mendapat rawatan di Klinik Parit Panjang Kupang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI