PETALING JAYA – Sejak media sosial dan telefon mudah alih wujud, rata-rata orang ramai mula menunjuk-nunjuk pelbagai aktiviti mereka terutamanya dalam soal ibadat.
Solat terawih yang mula dilakukan umat Islam di Malaysia bermula semalam nampaknya sudah ada yang berani lakukan secara ‘live’ (penstriman lansung) di media sosial.
Terbaru, seorang wanita dilihat membuat ‘live’ di Instagramnya semalam, sambil melihat telefon bimbitnya ketika mengerjakan ibadat solat sunat tersebut.
Menerusi klip video yang tular di media sosial ketika ini, wanita tersebut dilihat tanpa segan silu melakukan perbuatan tersebut yang difahamkan kejadian terbabit berlaku di sebuah masjid.
“Apa nak jadi dah manusia sekarang, kalau ya dia tengok ayat al-Quran dalam ‘phone’ tu, tapi kenapa live dia tetap berjalan. Apa masalah la kakak ni,” kata kamarul.
“Jenis ini sama juga dengan yang post di medsos, done sahur, done berbuka, done tarawih, rosak akhlak kalau macam ni,” kata Elly Mazlan. – KOSMO! ONLINE