fbpx

SPRM nafi ‘pilih bulu’, kes rasuah disiasat tanpa kompromi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelar dakwaan ‘pilih bulu’ dalam menjalankan siasatan membabitkan isu rasuah terhadap mana-mana individu terlibat termasuklah pengamal media mahupun ahli politik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, mana-mana individu yang dikesan menerima sebarang wang suapan merupakan satu kesalahan rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

“Dalam kes seorang pengamal media yang ditahan itu, kita (SPRM) mempunyai alasan kukuh dia terlibat kes rasuah malah wang tunai RM20,000 turut ditemukan padanya.

“Ini bukan salah laku. Tiada yang terkecuali sama ada wartawan, ahli politik atau mana-mana individu, semua akan disiasat,” ujarnya.

Azam berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan Pas yang mahu SPRM memberi keutamaan kepada siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan ejen pekerja asing dan pegawai imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan isu tersebut.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, tindakan SPRM menahan wartawan portal yang membongkar isu penyeludupan pekerja asing itu janggal dan menimbulkan persoalan.

“Pas percaya adalah lebih tepat dan sesuai sekiranya SPRM mendahulukan siasatan ke atas laporan media mengenai kegiatan meragukan ini, berbanding mengambil tindakan terhadap wartawan yang hanya melaporkan dakwaan rasuah tersebut,” katanya.

Semalam media melaporkan wartawan sebuah portal direman empat hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000.

Wang suapan itu sebagai balasan untuk menurunkan artikel yang dimuat naik serta tidak menulis lagi tentang sebuah agensi pekerja asing yang didakwa terbabit dalam sindiket.

Perintah reman selama empat hari sehingga Selasa ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Beveniyah R Jothi, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI