fbpx

Rasuah bekas PM: SPRM sita RM170 juta, 16 kg jongkong emas nilai RM7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa selain 16 kilogram (kg) jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta menerusi siasasatan kes rasuah melibatkan bekas Perdana Menteri.

SPRM berkata, sitaan itu dibuat hasil penggeledahan di kediaman empat pegawai kanan bekas Perdana Menteri yang ditahan selain tiga lokasi lain dipercayai sebagai ‘safehouse’.

Jelasnya, siasatan kini tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“Bekas Perdana Menteri juga diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024.

“Pengisytiharan harta tersebut telah dibuat secara rasmi pada 10 Februari lalu,” katanya hari ini.

Untuk makluman, bekas Perdana Menteri telah hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Februari lalu.

“SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan selanjutnya,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM telah mengenal pasti hampir 10 saksi yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

“Suruhanjaya ini ingin menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara bebas, profesional, dan mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

“SPRM komited untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram ditangani dengan tegas demi kepentingan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI