fbpx

Piala FA: Villa optimis cabar gelaran juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASENSIO berjaya meledak dua gol ketika membantu Villa mara ke suku akhir Piala FA dengan menewaskan Cardiff awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengendali Aston Villa, Unai Emery optimis pasukannya layak dilabel pencabar utama untuk menjulang trofi Piala FA musim ini selepas mara ke peringkat suku akhir dengan menewaskan Cardiff City 2-0 pada aksi di Villa Park awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Villans berjaya meraih gol hasil menerusi jaringan berganda yang dilakukan Marco Asensio untuk membawa pasukan ke kelompok lapan pasukan terbaik buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.

Kata Emery, semua pemain wajar diberikan pujian kerana memberi komitmen penuh di atas padang dengan mempamerkan corak permainan menarik terutama pada babak kedua.

“Saya bangga dengan prestasi pemain yang cukup disiplin untuk memastikan kelebihan beraksi di laman sendiri dapat digunakan. Pengalaman bermain di peringkat Eropah banyak memberi kekuatan buat pasukan untuk melangkah jauh musim ini.

“Namun, buat masa ini saya rasa kita tidak boleh dilabel sebagai pilihan sebaliknya hanyalah salah satu pencabar kejuaraan kerana masih ada pasukan-pasukan berkualiti seperti Manchester City, Manchester United dan Newcastle United,” katanya.

Sementara itu, Emery mengakui semakin teruja melihat prestasi pemain pinjaman dari Manchester United, Marcus Rashford yang menunjukkan keserasian dengan rakan-rakan sepasukan.

“Kita perlu Rashford untuk kekal cergas sehingga penghujung musim ini kerana pasukan akan mengharungi banyak perlawanan. Selepas ini kita akan fokus pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan harap momentum sama dapat diteruskan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI