fbpx

MotoGP: Marquez tawan GP Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ

BURIRAM, Thailand – Pelumba Ducati, Marc Marquez membuktikan dia adalah pencabar sebenar dalam perebutan gelaran dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025 selepas menakluk kemenangan aksi pembuka tirai di Grand Prix (GP) Thailand, semalam.

Marquez yang memulakan perlumbaan di petak utama berjaya mengatasi cabaran sengit adiknya, Alex Marquez (Gresini Ducati) untuk mencipta kemenangan dramatik di Litar Antarabangsa Buriram.

Pada perlumbaan tersebut, Alex memberi tentangan cukup sengit apabila berjaya memintas abangnya, tetapi Marquez kembali memimpin aksi pada baki tiga pusingan untuk menjuarai perlumbaan tersebut.

Sementara itu, rakan sepasukan Marquez, Francesco Bagnaia melengkapkan podium di tempat ketiga dan Franco Morbidelli (VR46) tempat keempat.

Hasil kemenangan tersebut, Marquez kini berjaya melengkapkan tiga kemenangan di Grand Prix Thailand selepas muncul juara pada 2018, 2019 bersama pasukan Repsol Honda dan terkini dengan pasukan Ducati.

Kemenangan tersebut menandakan kebangkitan Marquez sebaik sahaja menyertai pasukan utama Ducati musim ini selepas mempamerkan aksi positif bersama pasukan satelit, Gresini sepanjang musim lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI