fbpx

Lelaki ‘kempunan’ seludup diesel ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah Mitsubishi Pajero dipandu suspek ditahan di sebuah stesen minyak di bandar Tumpat semalam. FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Seorang lelaki tidak sempat menyeludup sebanyak 40 liter diesel ke Thailand selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya ditahan semasa sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di sini semalam.

Lelaki berusia 43 tahun itu dicekup oleh anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 1 tengah hari semasa menjalankan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota PGA melihat sebuah SUV jenis Mitsubishi Pajero berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di kawasan bandar ini.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan itu menjumpai sebanyak 40 liter minyak diesel yang disyaki untuk diseludup ke negara Thailand. Anggaran rampasan termasuk kenderaan yang dipandu suspek dianggarkan bernilai lebih RM35,127,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI