fbpx

Itu anak saya, ‘bodyguard’ mama dia – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed membahasakan anak Bella Astillah dengan panggilan anak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Keakraban Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dengan anak pelakon Bella Astillah, Ayden Adrean terserlah apabila kanak-kanak itu memanggilnya sebagai ‘dad’ iaitu ayah.

Perkara itu disedari ramai ketika Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, membawa kanak-kanak berusia lapan tahun itu ke Parlimen bersama ibunya, baru-baru ini.

Dad, here dad (ayah, di sini ayah),” kata anak sulung daripada dua bersaudara itu seraya memanggil Syed Saddiq untuk merakamkan gambar bertiga.

Perkongsian video pendek dalam platform TikTok itu memperlihatkan Ayden teruja berlari ke arah ibunya sambil memanggil Syed Saddiq sebagai ‘dad’ menyentuh hati ramai.

Syed Saddiq juga tampak gembira melayani Ayden malah tidak kekok sepanjang membawa kanak-kanak terbabit berjumpa petugas serta Ahli Parlimen lain.

Bahkan, lebih mencuri perhatian apabila personaliti popular tanah air itu turut memperkenalkan Ayden sebagai anaknya.

“Itu dia anak saya, bodyguard (pengawal) mama dia,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai menzahirkan perasaan sebak melihat keterujaan si kecil menikmati momen berharga bersama lelaki yang mempunyai sisi seorang bapa.

“Sedihnya bila Ayden panggil dad. Tersentuh hati. Mesti anak-anak nak figura bapa dalam hidup mereka. Semoga YB dapat jadi ayah yang baik,” tulis netizen.

“Budak-budak tak pandai menipu. Apa yang keluar dari mulut mereka itulah sebenarnya,” kata pemilik akaun TikTok lain.

Sejak kebelakangan ini, hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta jenama pakaian.

Mereka banyak meluangkan masa bersama malah turut berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah, baru-baru ini.

Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian bekas isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu yang berjudul Tapi Bukan Denganmu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI