fbpx

Enjin pesawat terbakar gara-gara burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pesawat itu berpatah balik ke lapangan terbang dengan salah satu enjinnya terbakar. - X

TRENTON, NEW JERSEY – Sebuah pesawat kargo FedEx terpaksa mendarat cemas apabila salah satu enjinnya terbakar sejurus berlepas di sebuah lapangan terbang di negeri New Jersey, Amerika Syarikat, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty selepas pesawat itu mengeluarkan bunyi dentuman yang kuat sejurus berlepas. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial memaparkan enjin pesawat terbakar ketika ia berada di udara. 

“Ia berada di udara selama sembilan minit sebelum melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang,” demikian menurut data penerbangan. 

Pihak berkuasa berkata, pesawat itu dipercayai terlanggar seekor burung. 

“Tiada kecederaan dilaporkan. 

“Trafik udara dihentikan seketika sebagai langkah berjaga-jaga tetapi operasi telah disambung semula,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI