PETALING JAYA – Biarpun baru masuk hari pertama puasa, aktiviti ‘scam raya’ sudah mula beroperasi apabila seorang wanita telah ditipu dengan membeli biskut timbang kilo yang dipaket kembali di balang kuih raya.
Seorang individu yang mendedahkan perkara tersebut di aplikasi X berkata, ibunya telah membeli biskut ‘chipsmore’ itu dengan harga RM10 sebalang.
“Kau tengok la mak aku ni. Kena scam dengan orang jual biskut chipsmore dalam balang. Satu balang RM10 beli sampai dua. Padahal dah tahu it’s clear cut chipsmore.
“Dia cakap anak dia buat. Tak salah kau nak ikhtiar cari hidup. Tapi jangan ambil kesempatan dengan makcik-makcik yang senang kesihan ni terutamnaya macam mak aku.
“Kau ingat kitorang ni bodoh ke? Mak aku cakap sedekah. Ye la sedekah. Tapi aku still sakit hati kena tipu hidup-hidup,” jelas individu tersebut.
Orang ramai turut mendoakan agar penjual yang tidak jujur ketika berniaga itu mendapat balasan yang setimpal dan berharap agar perbuatan tersebut tidak dilakukan lagi selepas ini.
“Its okay sis..Allah ada. Duit hasil jualan biskut homemade tipu ni tidak akan ke mana. Kalau motor dia tak rosak, kereta dia rosak mintak duit untuk repair. Tak berkat pun,” tulis Liyana.
“Rasanya kalau homemade, dia akan susun elok-elok. Ni nampak macam main tuang dalam balang tu je. Jadi tak tersusun lepas dibukak,” kata KamarulOfficial. – KOSMO! ONLINE.