fbpx

Aliff diberi amaran, jangan cuba nak dekati Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO nyanyian Aliff Aziz baru-baru ini diserbu komen netizen yang memberi amaran agar dia tidak cuba meengganggu hidup Bella ketika ini.

KETIKA ramai sedang bersorak dan menyokong percintaan olok-olok Bella Astillah dengan Syed Saddiq, tiba-tiba tular pula video Aliff Aziz menyanyi.

Dalam video tersebut, Aliff dilihat membuat persembahan pada sebuah majlis tertutup dengan mendendangkan lagu Dealova.

Bukan nyanyian Aliff dipuji sebaliknya penyanyi itu diberi amaran.

Lain macam netizen yang membanjiri ruangan komen apabila meninggalkan amaran agar Aliff tidak lagi mengganggu dan kembali kepada bekas isterinya.

Kata netizen, Bella sedang gembira dengan Syed Saddiq dan meminta Aliff mencari wanita lain yang mampu membahagiakannya.

“Tolong jangan ganggu Bella kami lagi. Awak nak bahagia pergi cari orang lain.

“Harap tak kembali kepada Bella, biarlah bekas isteri awak bahagia dengan lelaki yang tepat,” komen netizen.

Fuh! Diva pula takut baca komen. Iyalah, Aliff hanya menyanyi tetapi bertalu-talu pula amaran yang tiba.

Tak mengapalah, mungkin Aliff pun sedang bahagia dan gembira dengan kehidupan sendiri. Kita lihat sahaja apa penamat kisah mereka.

DIVA: Masih lagi terkejut dengan kematian isteri usawahan produk penjagaan rambut, Ridzuan Ridzokumura yang tiba-tiba meninggal dunia kelmarin, semoga roh Allahyarham Akiko Okumura dirahmari Allah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI