fbpx

Air biru gara-gara cucian tong cat dari kedai perabot – LUAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran air berwarna yang dikesan dalam longkang Kampung Desa Aman, Sungai Buloh mengalir masuk ke dalam sungai berhampiran.

SUNGAI BULOH – Aliran air berwarna di dalam longkang Kampung Desa Aman, di sini, disyaki berpunca daripada sebuah premis perabot sekitar.

Menurut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), aliran air berwarna itu dikesan kira-kira pukul 3 petang semalam dan telah mengalir masuk ke dalam sungai berhampiran.

“Siasatan awal mendapati, aliran berwarna tersebut disyaki berpunca daripada sebuah premis perabot dekat kawasan terbabit.

“Semakan lanjut LUAS dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati, kerja-kerja cucian tong cat telah dilakukan oleh premis tersebut di tapak basuhan premis dan ia masuk ke dalam longkang berhampiran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, LUAS telah mengarahkan premis berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan kadar segera di lokasi.

“Pasukan LUAS juga melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan dengan meletakkan satu beg karbon diaktifkan (AC) di lokasi berkenaan bagi mengelakkan aliran berwarna tersebut terus mengalir keluar.

“LUAS membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 79 (4) Enakmen LUAS 1999 untuk tindakan lanjut penguatkuasaan dan tertakluk kepada keputusan analisis KKM,” jelasnya.

Sehubungan itu, LUAS mengesahkan situasi di lokasi berjaya dikawal daripada memberikan impak yang lebih teruk kepada sumber air dan sungai berhampiran. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI