fbpx

60 pelatih polis diajar bersolek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelatih polis memakai produk penjagaan kulit ketika menjalani kursus solekan pada Januari lalu. - Weixin

TOKYO – Sebuah akademi polis di Jepun mengundang perhatian ramai selepas mengadakan kelas solekan kepada pelatih untuk menjaga penampilan mereka, lapor portal berita VNExpress semalam.

Fukushimaken Keisatsugakko di wilayah Fukushima menawarkan kursus tersebut kepada 60 pelatih polis termasuk beberapa pegawai lelaki pada Januari lalu. 

Langkah itu bertujuan meningkatkan seri wajah mereka untuk membina kepercayaan dalam kalangan masyarakat. 

Akademi itu juga bekerjasama dengan beberapa jenama kosmetik terkenal seperti Shiseido untuk memberikan panduan seperti teknik solekan asas. 

Antaranya adalah penjagaan kulit, melukis kening dan cara menggayakan rambut untuk kelihatan kemas. 

“Sebagai ahli masyarakat dan bakal pegawai polis, mengekalkan penampilan yang betul adalah penting,” Naib Pengetua Fukushimaken Keisatsugakko, Takeshi Sugiura. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI