PETALING JAYA – Umat Islam yang juga manoriti di negara Jepun akan berpuasa Ramadan pada esok, berpandukan kepada pengumuman rasmi tarikh berpuasa di Malaysia.
Menerusi perkongsian seorang rakyat Malaysia di Jepun, Shaqila Mariman pada TikTok, pengumuman tarikh puasa di negara itu akan dimaklumkan oleh Ruyat E-Hilal Committee Japan yang mana mereka biasanya berpandukan hasil cerapan Malaysia.
“Ini sebahagian video pengumuman tarikh puasa oleh Ruyat E-Hilal Comittee Japan dibuat secara live di media sosial.
“Bila Malaysia dah keluar pengumuman, kat sini akan ikut. Tapi ada juga yang puasa ikut negara asal masing-masing.
“Muslim kat Jepun ni dari pelbagai negara. Ada yang ikut, ada yang tak ikut negara asal dia,” katanya.
Menjawab pertanyaan orang ramai, wanita itu turut memaklumkan pihak tersebut juga ada melakukan cerapan.
“Tapi semalam cuaca mendung. Jadi akan rujuk Malaysia punya hasil cerapan juga,” katanya.
Difahamkan, tarikh bagi Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha di Jepun turut berpandukan cerapan Malaysia memandangkan negara ini adalah yang terdekat dengan majoriti penganut agama Islam paling ramai.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi satu pengumuman secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada malam tadi mengumumkan, seluruh umat Islam di negara ini akan mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac. – KOSMO! ONLINE
@iamshaqila Replying to @k_maisara Ruyat E-Hilal Committee Japan juga biasanya akan berpandukan hasil cerapan Malaysia. Kami kat sini pun akan mula puasa 2/3/2025 (Ahad). Ini sebahagian dari video Live pengumuman tarikh puasa oleh Ruyat E-Hilal Committee Japan yang dibuat secara Live di Platform Social Media. Bila Malaysia dah keluar pengumuman, kat sini akan ikut. Tapi ada juga yg puasa ikut negara asal masing-masing. Muslim kat Jepun ni dari pelbagai negara, ada yang ikut, ada yg tak dan ikut negara asal dia. Macam tu lah. 😊 Selamat Berpuasa Semua #puasadiluarnegara #malaysianinjapan #musliminjapan #ramadan2025 ♬ original sound – Shaqila Mariman